Hari ini sekali lagi saya dihidangkan dengan santapan mata yang amat tidak diingini oleh semua insan yang lahir ke dunia. Satu kemalangan antara kereta dan motosikal berlaku betul – betul di depan mata saya. Motosikal yang ditunggang seorang diri di jalan yang lurus tiba – tiba dipaksa melanggar kereta yang ingin memasuki simpang. Adakah salah si penunggang motosikal yang menunggang dijalan yang lurus atau si pemandu kereta yang tidak tahu untuk bersabar untuk memasuki simpang? Sama – samalah kita fikirkan secara rasional tanpa menggunakan emosi sebagai asas pemikiran yang akan menjadi kurang waras untuk menilai situasi. Beberapa kali saya dihidangkan dengan peristiwa yang bagaikan lumrah bagi insan di jalanraya. Sekiranya kita prihatin dalam melihat statistik kemalangan jalanraya rasanya sudah tentu rakan – rakan sekalian dapat melihat hampir lebih kurang 1 – 2 kemalangan pasti akan berlaku tanpa mengira kerosakan dan ianya akan bertambah apabila datangnya curahan air dari langit. Pernah x kita terfikir kenapa perkara ini berlaku?