Setelah lama menanti untuk memiliki sebuah basikal, akhirnya terjawab jua bagi Alya. Basikal ini adalah janji saya padanya sempena hari lahirnya yang ke 4 pada 29 Disember 2010. Setiap hari dia bertanya bila abah nak belikan alya basikal?, saya sering menjawab nanti abah belikan ye. Semua jawapan yang diberikan adalah untuk sekadar mengambil hatinya kerana saya masih tidak berkesempatan untuk mencari kedai basikal. Saya pernah juga pergi mencari basikal untuk kanak di nilai 3 tapi semuanya tidak memenuhi kehendak sama ada bagi pihak Alya mahupun saya sendiri. Hujung minggu lepas saya menghadiri majlis kenduri di Batang kali, dalam perjalanan menuju ke rumah pengantin terpandang saya pada banner yang memaparkan jualan clearance stok bagi basikal. Oleh kerana terasa masa tidak mengizinkan pada masa tu saya pun mengambil keputusan untuk singgah sewaktu perjalanan pulang dari majlis kenduri kalau kedai tersebut masih buka. Seperti yang dirancangkan, saya bertolak balik majlis kenduri pada jam 5.00 ptg.