![]() |
Bekerjasama/gotong - royong |
Itulah adat resam dunia tidak akan sunyi dengan pelbagai karenah dan perkara yang tidak terjangka. Kekadang perkara yang datang memjadikan kita semua terarah ke sifat mudah marah, mudah terasa dan mungkin ada sesetengahnya akan menjadi murung, muram serta pendiam. Itu semua tidak diminta dan tidak dipaksa kehadirannya, ianya hanya satu batu hadangan yang sentiasa ingin melihat serta menguji kekuatan mental kita dalam mengharungi keadaan genting dan serba bercelaru. Sekiranya tidak diarahkan diri ke arah yang positif pasti akan menimbulkan sesuatu dalam ketidaksedaran diri. Banyak yang kita pelajari akan menjadikan kita semakin banyak perlu dipelajari. Itu adalah satu - satunya keunikan ilmu ciptaan illahi. Sebab itulah nabi menyuruh kita tuntut ilmu hingga ke negara China. Bukan bermakna kita menuntut ilmu perlu pergi sampai ke negara china tetapi berkemungkinan untuk menunjukkan betapa banyaknya ilmu yang perlu dan boleh kita pelajari dalam alam maya ini. Saya sentiasa rasa dan mungkin rakan - rakan diluar sana turut terasa dalam sedar atau tidak, setiap kali kita memahami sesuatu akan ada masanya kita terasa apa yang kita fahami/pelajari sangat sedikit dan perlu lebih mengetahui perkara lain yang berkaitan dengan apa yang kita fahami/pelajari. Hal ini terasakan berlaku setiap masa dan ketika. Kalau kita semua perihatin terhadap keadaan semasa pastinya kita semua akan perasan satu perkara yang saya cuba berikan ini. Al -Quran dan Hadis yang di tinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW sahaja telah membuka ruang kepada setiap insan untuk memberikan tafsiran yang berlainan walaupun dari satu isi yang sama. Contohnya seperti "menjauhkan perkara yang memudaratkan diri", disini boleh diberi tafsiran yang pelbagai mengikut kefahaman seseorang. Even para ulama juga memberikan pendapat dan tafsiran berbeza dalam perkara ini. Bukanlah tujuan saya untuk mempertikaikan setiap pendapat tetapi hanya sekadar untuk memberi lebih kefahaman kepada rakan - rakan dalam apa yang saya ingin sampai dan utarakan. Inilah dunia akhir zaman yang jauh dari zaman Nabi yang mana sangat banyak perkara yang kita tidak ketahui dari yang kita ketahui. Pendek kata tepuk dada tanya selera. Panjang kata berfikirlah dengan kewarasan yang dianugerahkan oleh Allah swt dalam mengikut, menilai serta melakukan setiap perkara dari perkara yang besar hinggalah ke perkara yang sekecil kuman sekalipun.
No comments:
Post a Comment