Padatnya hujung minggu 15 dan 16 Januari 2011, apa tidaknya bermula dari hari jumaat pagi saya menghadiri seminar "Multiple Streams Of Income In A Flash by Robert Allen & Patrick Chan" yang sangat - sangat bermakna dan terasa ianya sangat berharga. Mana tidaknya, seminar tersebut di sampaikan oleh "Robert Allen" iaitu New York Best Seller Author. Pengalaman yang berharga itu sangat susah untuk dilupakan. Malamnya pula saya bergegas untuk ke pejabat bagi melaksanakan kerja - kerja seperti yang telah dijadualkan.
Search Result
Jan 18, 2011
Jan 10, 2011
Jan 4, 2011
1st Day School
Jam baru menunjukkan 7.00 Pagi, alya yang dari semalam bersemangat untuk ke sekolah buat pertama kalinya telah bangun dan bertanyakan baju sekolahnya. Mama mana baju sekolah alya, mama dah gosok baju alya ker? tanya si alya pada mama. Baju alya ada kat atas meja tulis tu, jawab mama. Sambil memanaskan kereta saya mengambil gambar alya berpakaian sekolah. Itulah baju sekolah pertama yang alya ada. Dengan gaya tersendiri dia menggayakan pakaian seragam sekolahnya bersama beg yang baru. Tepat jam 8.00 pagi kami sampai di sekolah Al - Fatih. Kelihatan ramai ibu bapa yang berdiri di hadapan dan juga ditepi pagar sekolah untuk melihat gelagat anak - anak mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah. Inilah alam baru bagi anak - anak ini dalam membentuk sahsiah diri disamping menyesuaikan diri dengan persekitaran yang dikelilingi oleh rakan dan guru.
Labels:
1st day,
al fatih,
hari pertama,
sekolah,
taska
Tetap Pendirian
| Hadith : |
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.” Riwayat Ahmad Huraian & Pengertian : 1. Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T. |
Labels:
hadis
Jan 3, 2011
First School Uniform
Jan 4, 2011 merupakan hari pertama Alya Saffiyah memasuki alam persekolahan. Walaupun hanya prasekolah dia sangat excited menyiapkan kelengkapan dan yang paling menariknya dia sanggup untuk tido awal supaya dapat bangun awal untuk ke sekolah awal pagi esoknya. Perkara yang saya sangat tersentuh adalah sewaktu saya ingin menunaikan solat maghrib, alya nak mengaji abah, katanya pada saya. Alhamdulillah, saya harap keinginannya ini dapat membimbingnya menjadi anak yang solehah. Insya Allah.
Labels:
al fatih,
cuti sekolah,
uniform
Jan 1, 2011
AL - Fatih : Briefing Session 4 Parents
First work from alya saffiyah, she love to go to school. Hence, she love to have new friend and teachers. Good Luck dear. May ALLAH bless her always. Insya ALLAH.
Labels:
al fatih,
first briefing,
taska
2011 : Membuka Lembaran Baru
1 Jan 2011, lembaran lama dilabuh sampai lembaran baru disingkap. Detik berubahnya tahun sentiasa dinanti oleh seluruh dunia kerana pada waktu itulah akan ada banyak bunga api dipertontonkan untuk menandakan bermulanya tahun baru.
Labels:
2011,
new year,
tahun baru
Subscribe to:
Posts (Atom)

